Eine Plattform für die Wissenschaft: Bauingenieurwesen, Architektur und Urbanistik
Analisis Makna Konteks Nilai Moral Konfusianisme Ren dan Yi dalam Karya Terjemahan Hikayat Tiga Negara
Artikel ini bertujuan meneliti makna konteks nilai kemoralan Konfusianisme“仁ˮ (ren) dan“义ˮ(yi) konteks situasi dalam novel kesusasteraan karya terjemahan Hikayat Tiga Negara. Konteks situasi dalam teks kesusasteraan merupakan episod yang mengisahkan sesuatu peristiwa. Pengolahan hikayat ini pula bertemakan nilai “仁ˮ(ren) atau “义ˮ(yi) berserta dengan deskripsi nilai yang terpapar pada amalan, pegangan dan tingkah laku watak-watak dalam konteks situasi. Kajian lepas menunjukkan pentafsiran makna nilai kemoralan Konfusianisme berdasarkan konteks ayat bagi menyampaikan makna konteksnya secara umum. Masalah lain ialah pentafsiran makna konteks nilai secara subjektif berdasarkan tujuan dan konteks budaya penterjemah. bagi mengisi jurang kajian makna nilai yang terhad pada konteks ayat dan pentafsiran secara subjektif, kajian ini memfokuskan pentafsiran makna konteks nilai berdasarkan makna asalnya dalam konteks situasi. Kajian memanfaatkan kaedah analisis makna konteks berdasarkan sistem sinkronik Peng Liyuan (2005) bagi mentafsirkan makna konteks “仁ˮ (ren) atau “义ˮ (yi). Dengan mengklasifikasikan konteks situasi kepada konteks umum, konteks khusus dan konteks ekstralinguistik, makna konteks yang dirujuk dapat dikenal pasti. hasil kajian mendapati bahawa makna konteks “仁ˮ (ren) terbahagi kepada makna umum, makna khusus dan makna ekstralinguistik, manakala makna konteks “义ˮ (yi) pula terbahagi kepada makna umum, makna khusus, makna tema dan makna berasaskan hubungan interpersonal berdasarkan klasifikasi konteks situasi. Selain itu, interaksi antara konteks situasi intralinguistik dan ekstralinguistik juga mempengaruhi pentafsiran makna konteks nilai. Kajian ini memaparkan kepentingan makna konteks wacana dalam merekayasa nilai kemoralan Konfusianisme dalam konteks situasi karya terjemahan Hikayat Tiga Negara

Oo Jiu Bell (Autor:in) / Goh Sang Seong (Autor:in)
2020
Aufsatz (Zeitschrift)
Elektronische Ressource
Unbekannt
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0
DOAJ | 2018
|MAKNA KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA DALAM KONTEKS KEISLAMAN DAN KEINDONESIAN
DOAJ | 2018
|