Eine Plattform für die Wissenschaft: Bauingenieurwesen, Architektur und Urbanistik
Unsur Eufemisme dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Eufemisme merupakan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar sebagai usaha untuk menggantikan ungkapan atau kata yang lebih kasar. Pengamatan orang Melayu terhadap keadaan sekeliling membolehkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dan menyampaikan nasihat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis pengkonsepsian unsur eufemisme melalui objek manusia, haiwan, dan tumbuhan, serta merungkaikan makna tersirat di sebalik ungkapan peribahasa. Sejumlah 15 data peribahasa berjaya dikumpulkan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan laman sesawang Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu oleh Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan subkonsep rangka rujuk silang (RRS), serta imej binaan diterapkan ke dalam kajian bagi menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian memperlihatkan bahawa peribahasa berunsurkan eufemisme yang digunakan sejak dahulu sangat berkait rapat dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu. Kiasan yang digunakan semasa berkomunikasi ini jelas mencerminkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa orang Melayu. Analisis semantik yang diolah dengan tatakaedah yang tepat mampu menghuraikan makna yang tersirat yang menjadi sebahagian daripada akal budi Melayu

Julaina Nopiah (Autor:in) / Fikratul Jahriyyah Anuar (Autor:in)
2023
Aufsatz (Zeitschrift)
Elektronische Ressource
Unbekannt
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0
Kata Kerja Bantu dalam Dialek Melayu Kedah: Satu Analisis Program Minimalis
DOAJ | 2020
|