A platform for research: civil engineering, architecture and urbanism
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan makna, terutamanya dalam lagu. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis lirik lagu memerlukan bahasa untuk menyampaikan makna yang difahami oleh pendengar. Setiap lirik lagu menggambarkan bentuk pemikiran penulisnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis makna dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah. Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti, sama ada semua jenis makna terdapat dalam setiap lagu atau mengandungi beberapa jenis makna sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu analisis teks. Pengkaji menganalisis makna dalam lirik lagu berlandaskan jenis makna yang dikemukakan oleh Leech (1974). Dalam penelitian ini, ketujuh-tujuh jenis makna ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah. Jenis makna yang banyak ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ialah makna konseptual, makna afektif dan makna tematik. Semua jenis makna ini digunakan dalam lirik lagu dengan tujuan tertentu. Contohnya, makna tematik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu kata. Oleh sebab kata yang digunakan oleh penulis lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ini sangat mudah difahami, pembaca dapat menghayati dan memahami pesanan yang disampaikan oleh penulis dengan jelasnya.

Siti Nurul Hakimah Mohd Marzuki (author)
2024
Article (Journal)
Electronic Resource
Unknown
bahasa , makna , lirik , lagu , jenis makna , penulis lirik , Language and Literature , P
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0
Makna Terhadap Mitos dalam Lirik Lagu “Takut” Karya Idgitaf: Kajian Semiotika Roland Barthes
DOAJ | 2022
|NILAI-NILAI PENDIDIKAN ISLAM DALAM LIRIK LAGU-LAGU RELIGI KARYA GROUP BAND UNGU
DOAJ | 2013
|Kajian Nilai Sosial Dalam Lirik Lagu “Buka Mata Dan Telinga” Karya Sheila On7
DOAJ | 2019
|