A platform for research: civil engineering, architecture and urbanism
Bahasa Kiasan dalam Lagu "Mati Hidup Semula": Analisis Semantik Inkuisitif
Pemilihan leksikal dalam lirik lagu memerlukan pemikiran tajam penulis kerana kepuitisan perlu ada dalam lirik lagu di samping mesej dapat disampaikan dengan tepat kepada pendengar. Kajian ini bertujuan menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui bahasa kiasan yang digunakan dalam lagu “Mati Hidup Semula”. Dua ungkapan implisit telah dipilih untuk dianalisis, iaitu “Dulu hidup kurasakan mati” dan “Setelah mati kuhidup semula”. Kajian ini berbentuk analisis kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna dua ungkapan implisit tersebut sehingga memperlihatkan akal budi penulis. Hasil analisis mendapati hubungan kata “hidup” dengan “mati” bukan sahaja bersifat antonim pada peringkat harfiah tetapi mendukung makna tambahan secara dualisme. Pemilihan kedua-dua ungkapan tersebut tidak dilakukan sewenang-wenang tetapi telah difikirkan dengan teliti oleh penulisnya.

Wong Shia Ho (author) / Nor Hashimah Jalaluddin (author)
2019
Article (Journal)
Electronic Resource
Unknown
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0