A platform for research: civil engineering, architecture and urbanism
Hubungan Kekerabatan antara Bahasa Jakun dengan Bahasa Melayu Purba: Satu Analisis Perbandingan Kosa Kata Dasar
Kajian ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh masyarakat orang asli Jakun. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kosa kata dasar dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba. Kajian menggunakan Teori Leksikostatistik yang disarankan oleh Swadesh (1955) dan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang diperoleh di lapangan. Data kosa kata dasar diperoleh dengan menggunakan senarai 200 kosa kata dasar Swadesh (1955). Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan bahasa Jakun ini dengan bahasa Melayu purba adalah pada peringkat keluarga bahasa. Kajian ini menolak kenyataan Carey (1976) yang menganggap bahasa Jakun kini sudah hilang sifat keasliannya dan meminjam kosa kata bahasa Melayu sahaja. Kajian ini mendapati bahawa bahasa Jakun tidak meminjam bahasa Melayu tetapi bahasa Jakun merupakan salah satu cabang daripada bahasa induk, iaitu bahasa Melayu purba. Kesimpulannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian yang lebih banyak terhadap bahasa Jakun di tempat lain dan bahasa-bahasa orang asli yang lain

Mohamad Rozi Kasim (author)
2021
Article (Journal)
Electronic Resource
Unknown
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0
HUBUNGAN KEKERABATAN BAHASA MINANGKABAU TAPAN DENGAN BAHASA KERINCI SUNGAI PENUH
DOAJ | 2018
|Perbandingan Kata Kerja Berimbuhan meN- Bahasa Melayu dan Padanannya dalam Bahasa Cina
DOAJ | 2020
|PERBANDINGAN KATA PENGGOLONG NOMINA DALAM BAHASA MANDARIN DAN BAHASA INDONESIA
DOAJ | 2020
|