A platform for research: civil engineering, architecture and urbanism
Struktur Tema dalam Teks Saintifik
Teks saintifik kaya dengan pelbagai fitur linguistik yang unik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, dan kepercayaan saintifik. Salah satunya ialah aspek tema dan rema. Tema mendukung peranan utama sebagai titik tolak mesej dalam ayat. Setiap pemilihan tema adalah bersebab dan bukan sewenang-wenangnya dipilih, kerana yang dipentingkan akan dikehadapankan dalam ayat. Lebihan mesej, iaitu rema mengandungi maklumat baharu yang hendak disampaikan kepada pembaca atau pendengar. Makalah ini menjalankan analisis tekstual terhadap jenis tema yang digunakan dalam sembilan teks saintifik berlatarbelakangkan tiga disiplin yang berbeza, iaitu sains tulen (St), sains sosial (SS), dan (SK). Kemudian, bahagian teks saintifik disintesiskan mengikut model IMRD yang dicadangkan oleh Swales (1990) dan data dianalisis melalui pendekatan Nahu Fungsional Sistemik (Halliday & Matthiessen, 2014). Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga disiplin teks saintifik mengutamakan tema bertanda berbanding tema biasa. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemilihan jenis tema berhubung rapat dengan tabii disiplin dan tabii bahagian teks saintifik. Secara tidak langsung, kajian ini memberikan penjelasan secara holistik terhadap struktur tema dan pemahaman secara komprehensif terhadap dimensi tekstual wacana saintifik.

Nor Hazila Mat Lazim (author) / Ariezal Afzan Hassan (author)
2019
Article (Journal)
Electronic Resource
Unknown
Metadata by DOAJ is licensed under CC BY-SA 1.0
Internalisasi Etika Bermedia Sosial Nahdlatul Ulama dalam Pendekatan Saintifik
DOAJ | 2019
|PENERJEMAHAN TEKS THE GOSPEL ACCORDING TO MATTHEW KE DALAM TEKS BAHASA INDONESIA
DOAJ | 2014
|Kebijakan Pemerintah Indonesia Dalam Menyikapi COVID-19 Antara Pendekatan Adaptif Dan Saintifik
DOAJ | 2023
|